Wednesday, February 16, 2011

Sayangi Sungai Kita

Satu anugerah alam yang tak ternilaikan, sungai.

Zaman Dahulu, sungai merupakan salah satu cara perhubungan yang penting. ianya juga sebagai sumber makanan kepada mereka yang tinggal berhampiran.

Tapi sekarang, sungai semakin hilang dari pemikiran kita. Semakin tercemar. Ada juga sungai yang mati. Itu sekarang, apa lagi akan jadi 50 tahun akan datang. Apa yang tinggal kepada anak cucu kita?

Kenapa semua ini berlaku? Kerana kita. Kerana kurangnya kesedaran kita sendiri. Kerana kita beranggapan bahawa sungai tidak lagi penting. Membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai, kerja-kerja penjualan pasir sungai demi mengaut keuntungan. Hingga menjadi perbalahan. Pembuangan sisa-sisa beracun kedalam sungai.

Mungkin kita tidak sedar yang kita juga sama-sama menyumbang kepada pencemaran sungai. Pernahkah kita likaht kemana perginya lebihan cucian dari mesin basuh kita? Kalau kita alirkan ke dalam sistem pembentungan melalui 'floor trap' baguslah.  Sebab air yang ke floor trap akan di proses sebelum di alirkan ke sungai.
 Tapi rumah-rumah kita yang membuang terus air basuhan ke dalam longkang. Air yang mengandungi sisa-sisa sabun, peluntur dan bahan polimer dari pakaian kita akan terus masuk ke sungai tanpa diproses. Arkitek-arkitek yang merekabentuk rumah-rumah pada masa ini harus mengambil kira lokasi perletakan mesin basuh supaya diletakkan satu 'floor trap'  untuk pembuangan sisa air basuhan ini ke dalam manhole, bukan ke dalam longkang.
Pertumbuhan tempat-tempat mencuci kereta yang banyak pada masa kini juga penyumbang besar kepada pencemaran sungai. Sisa air cucian kereta yang mengandungi bahan kimia terus sahaja di buang kedalam longkang. Sepatutnya  pusat-pusat mencuci kereta menyediakan satu sistem 'grease interceptor' untuk menapis sisa-sisa minyak sebelum terus mengalirkan air ke dalam manhole, bukan ke longkang. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya lebih tegas dalam menangani perkara ini. Pemantauan adalah penting. Ni kalau pasal cukai pintu, sampai nak sita rumah orang. 
Peniaga-peniaga pula, jangan nak harap keuntungan saja. Buka restoran, cas harga lauk tinggi-tinggi, tapi air sisa basuh tangan, basuh pinggan masuk ke longkang. Jangan ingat duit untuk kita saja, ingat la alam semulajadi untuk anak cucu kita. Kalau tak kita yang mulakan semua ini, siapa lagi?

No comments: