Sunday, February 13, 2011

Sayangi Mereka

Hari Sabtu aku dengan famili lalu ikut jalan kucing dari Tesco Selayang. Nak buat U-Turn kat bulatan Batu Caves, jalan jem. Semasa bergerak perlahan tu, ternampaklah orang sedang berniaga binatang perliharaan.
Aku rasa terkilan melihat dua ekor angsa di dalam sangkar yang kecil. tak boleh meluruskan leher mereka. Siksa tau. Sampai bila mereka nak begitu? Sampai ada orang membeli mereka.
Bukan tak boleh nak menjual binatang ni, tapi berperi lah sikit. Kalau manusia, berperilah seperti manusia. Inilah akibatnya kalau yang menjual tu, hanya memikirkan keuntungan.
Aku pernah tengok, sangkar burung disusun bertingkat-tingkat. Habis yang di bawah kena berak. Kalau kura-kura pulak, tak ada tempat binatang tu berhenti rehat, semuanya air. Larat ke binatang tu nak berenang 24 jam?.
Satu lagi perangai orang Malaysia, kalau pelihara kucing. Mula-mula rajin la. Lepas tu kalau dah beranak-pinak, buang merata-rata. Kalau yang dibuang tu sekali dengan emak kucing tu, Alhamdulillah laa. Boleh si emak tu menjaga anak-anaknya. Ini anak yang masih kecil, dibuang tanpa si emak. Manalah si kecil baru berberapa hari tengok dunia tu tahu pasal bahaya. Dibuang pulak tepi jalanraya. sekejap saja kena gelek. Kalau nak buang tu, carilah kawasan yang ada makanan.
 Jangan siksa mereka.

1 comment:

Atirah Tyra said...

jom bela kucing ramai2..hehehehe...