Tuesday, February 22, 2011

MARI MEMASAK SERAWA LABU

Hari ini saya akan mengajar anda semua memasak. Memasak serawa labu. Tahu dak serawa? Buah labu mesti la tahu kan. Orang utara panggil serawa. Orang selatan tak tau la. Anda semua kasi la nama sendiri. Ok Mari mulakan.

Bahan-bahan.

1. Dapur - pastikan ada dapur kalau nak masak.
2. Gas - pastikan dapur anda ada gas atau apa-apa bahan api.
3. Periuk - Takkan nak masak dalam pinggan
4. Senduk - kalau kuat kacau la dengan jari
5. 1/2 Biji Labu - Kalau tak de payah.
6. 1/4 cawan gula
5. 1/4 cawan air
6. sedikit garam
7. 250 ML santan segar
8. Isteri anda - Pastikan dia tak de kat dapur.

Caranya.

Masukkan labu yang dikupas dan di potong segiempat kedalam periuk beresrta gula, garam dan air. Panaskan Air dengan api besar sehingga mendidh. Pastikan labu menjadi lembut. Selepas itu masukkan santan segar tadi. masak sampai mendidih dengan api besar.

Siap. Sedap dimakan panas atau sejuk

1 comment:

asyeida said...

gambor mane? takat ceta ida leh buat