Monday, February 28, 2011

Aku Hanya Pendatang

Malam tadi, aku ke klinik. Aiman demam. Sementara menunggu doktor, ada seorang wanita masuk sambil membawa dua orang budak. Seorang didokong, seorang berjalan. Anak kat dokong tu nampak pucat. Nafas slow-slow. Dalam hati aku kata budak ni lelah ni.
 Dia ade tegur wife aku, " dah cukup bulan ke?'. Wifey cakap ye. pastu doktor panggil dia, kasi ubat lelah guna nebulizer tu.
Lepas jumpa doktor, wife tanya.."dah ok ke baby tu?'. Dia cakap doktor suruh pegi hospital besar, jantung denyut perlahan. Wife kata pegi la cepat cepat. Dia kata takut.
Baru aku tahu, dia tak ada pasport, lahirkan anak tu sendiri. Anak tu tak pernah ada surat beranak. Tak pernah dapat pelalian. Semua pasal emak dia tak ada pasport. Pendatang tanpa izin. Anak tu rupanya dah berumur 10 bulan, tapi masih macam baby.Tanya suami dimana, katanya kerja di Perak.
Apa yang aku kesalkan ialah, nyawa anak tu, di buat main-main. Hanya kerana tak ada pasport. Anak tu hanya menunggu mati saja lah. Aku yakin dia tak aakan bawak budak tu ke Hospital.
Dia lebih pentingkan dirinya. Elak dari di tangkap. Kesian baby yang tak bersalah tu. Kalau tahu susah duduk kat tempat orang. Tak ada pasport., jangan lah beranak. Jangan nak siksa jiwa lain.
Jadi, kalau merantau ditempat orang, jangan la nak menambah kesukaran yang ada. Bawa diri sendiri sudahlah. Aku tak marah sangat kau jadi pendatang haram ke..tanpa izin ke..tapi jangan siksa jiwa lain. Jangan siksa baby yang tak mampu berbuat apa-apa tu. Semoga Allah selamatkan baby tu. Amiiin.