Monday, May 30, 2011

shopping on line

http://www.nextcubes.com/index.php?rid=4d1cbe2a99fb0


kepada sesiapa yang sibuk dan tak sempat nak keluar shopping atau ada kekangan masa ..boleh la shopping on line..sambil menyimpan..boleh shopping tak kira masa..

Monday, February 28, 2011

Aku Hanya Pendatang

Malam tadi, aku ke klinik. Aiman demam. Sementara menunggu doktor, ada seorang wanita masuk sambil membawa dua orang budak. Seorang didokong, seorang berjalan. Anak kat dokong tu nampak pucat. Nafas slow-slow. Dalam hati aku kata budak ni lelah ni.
 Dia ade tegur wife aku, " dah cukup bulan ke?'. Wifey cakap ye. pastu doktor panggil dia, kasi ubat lelah guna nebulizer tu.
Lepas jumpa doktor, wife tanya.."dah ok ke baby tu?'. Dia cakap doktor suruh pegi hospital besar, jantung denyut perlahan. Wife kata pegi la cepat cepat. Dia kata takut.
Baru aku tahu, dia tak ada pasport, lahirkan anak tu sendiri. Anak tu tak pernah ada surat beranak. Tak pernah dapat pelalian. Semua pasal emak dia tak ada pasport. Pendatang tanpa izin. Anak tu rupanya dah berumur 10 bulan, tapi masih macam baby.Tanya suami dimana, katanya kerja di Perak.
Apa yang aku kesalkan ialah, nyawa anak tu, di buat main-main. Hanya kerana tak ada pasport. Anak tu hanya menunggu mati saja lah. Aku yakin dia tak aakan bawak budak tu ke Hospital.
Dia lebih pentingkan dirinya. Elak dari di tangkap. Kesian baby yang tak bersalah tu. Kalau tahu susah duduk kat tempat orang. Tak ada pasport., jangan lah beranak. Jangan nak siksa jiwa lain.
Jadi, kalau merantau ditempat orang, jangan la nak menambah kesukaran yang ada. Bawa diri sendiri sudahlah. Aku tak marah sangat kau jadi pendatang haram ke..tanpa izin ke..tapi jangan siksa jiwa lain. Jangan siksa baby yang tak mampu berbuat apa-apa tu. Semoga Allah selamatkan baby tu. Amiiin.

Tuesday, February 22, 2011

MARI MEMASAK SERAWA LABU

Hari ini saya akan mengajar anda semua memasak. Memasak serawa labu. Tahu dak serawa? Buah labu mesti la tahu kan. Orang utara panggil serawa. Orang selatan tak tau la. Anda semua kasi la nama sendiri. Ok Mari mulakan.

Bahan-bahan.

1. Dapur - pastikan ada dapur kalau nak masak.
2. Gas - pastikan dapur anda ada gas atau apa-apa bahan api.
3. Periuk - Takkan nak masak dalam pinggan
4. Senduk - kalau kuat kacau la dengan jari
5. 1/2 Biji Labu - Kalau tak de payah.
6. 1/4 cawan gula
5. 1/4 cawan air
6. sedikit garam
7. 250 ML santan segar
8. Isteri anda - Pastikan dia tak de kat dapur.

Caranya.

Masukkan labu yang dikupas dan di potong segiempat kedalam periuk beresrta gula, garam dan air. Panaskan Air dengan api besar sehingga mendidh. Pastikan labu menjadi lembut. Selepas itu masukkan santan segar tadi. masak sampai mendidih dengan api besar.

Siap. Sedap dimakan panas atau sejuk

Wednesday, February 16, 2011

Sayangi Sungai Kita

Satu anugerah alam yang tak ternilaikan, sungai.

Zaman Dahulu, sungai merupakan salah satu cara perhubungan yang penting. ianya juga sebagai sumber makanan kepada mereka yang tinggal berhampiran.

Tapi sekarang, sungai semakin hilang dari pemikiran kita. Semakin tercemar. Ada juga sungai yang mati. Itu sekarang, apa lagi akan jadi 50 tahun akan datang. Apa yang tinggal kepada anak cucu kita?

Kenapa semua ini berlaku? Kerana kita. Kerana kurangnya kesedaran kita sendiri. Kerana kita beranggapan bahawa sungai tidak lagi penting. Membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai, kerja-kerja penjualan pasir sungai demi mengaut keuntungan. Hingga menjadi perbalahan. Pembuangan sisa-sisa beracun kedalam sungai.

Mungkin kita tidak sedar yang kita juga sama-sama menyumbang kepada pencemaran sungai. Pernahkah kita likaht kemana perginya lebihan cucian dari mesin basuh kita? Kalau kita alirkan ke dalam sistem pembentungan melalui 'floor trap' baguslah.  Sebab air yang ke floor trap akan di proses sebelum di alirkan ke sungai.
 Tapi rumah-rumah kita yang membuang terus air basuhan ke dalam longkang. Air yang mengandungi sisa-sisa sabun, peluntur dan bahan polimer dari pakaian kita akan terus masuk ke sungai tanpa diproses. Arkitek-arkitek yang merekabentuk rumah-rumah pada masa ini harus mengambil kira lokasi perletakan mesin basuh supaya diletakkan satu 'floor trap'  untuk pembuangan sisa air basuhan ini ke dalam manhole, bukan ke dalam longkang.
Pertumbuhan tempat-tempat mencuci kereta yang banyak pada masa kini juga penyumbang besar kepada pencemaran sungai. Sisa air cucian kereta yang mengandungi bahan kimia terus sahaja di buang kedalam longkang. Sepatutnya  pusat-pusat mencuci kereta menyediakan satu sistem 'grease interceptor' untuk menapis sisa-sisa minyak sebelum terus mengalirkan air ke dalam manhole, bukan ke longkang. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya lebih tegas dalam menangani perkara ini. Pemantauan adalah penting. Ni kalau pasal cukai pintu, sampai nak sita rumah orang. 
Peniaga-peniaga pula, jangan nak harap keuntungan saja. Buka restoran, cas harga lauk tinggi-tinggi, tapi air sisa basuh tangan, basuh pinggan masuk ke longkang. Jangan ingat duit untuk kita saja, ingat la alam semulajadi untuk anak cucu kita. Kalau tak kita yang mulakan semua ini, siapa lagi?

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day

Sebenarnya dah banyak penerangan dan penulisan yang menceritakan tentang sambutan hari kekasih ini. Jadi tak payah nak bercerita panjang lah. Cuma yang aku tak puas hati, kenapa ada yang hanya mengeluarkan kenyataan bahawa sambutan ini adalah tidak sesuai disambut oleh Umat Islam. Kenapa takut untuk mengatakan bahawa ianya HARAM disambut oleh Umat Islam.
Ada juga akhbar yang menulis..ARTIS kata tidak sesuai merayakan hari ini, jadi diharap supaya peminat juga tidak menyambut nya..tak boleh ke tulis..ULAMA telah mengatakan bahawa HARAM menyambut perayaan yang bukan perayaan Umat Islam jadi Umat Islam  tak boleh menyambutnya. Apa kata-kata Artis tu lebih baik dari ulama ke?
Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri.

http://atirahtyra.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011

Sayangi Mereka

Hari Sabtu aku dengan famili lalu ikut jalan kucing dari Tesco Selayang. Nak buat U-Turn kat bulatan Batu Caves, jalan jem. Semasa bergerak perlahan tu, ternampaklah orang sedang berniaga binatang perliharaan.
Aku rasa terkilan melihat dua ekor angsa di dalam sangkar yang kecil. tak boleh meluruskan leher mereka. Siksa tau. Sampai bila mereka nak begitu? Sampai ada orang membeli mereka.
Bukan tak boleh nak menjual binatang ni, tapi berperi lah sikit. Kalau manusia, berperilah seperti manusia. Inilah akibatnya kalau yang menjual tu, hanya memikirkan keuntungan.
Aku pernah tengok, sangkar burung disusun bertingkat-tingkat. Habis yang di bawah kena berak. Kalau kura-kura pulak, tak ada tempat binatang tu berhenti rehat, semuanya air. Larat ke binatang tu nak berenang 24 jam?.
Satu lagi perangai orang Malaysia, kalau pelihara kucing. Mula-mula rajin la. Lepas tu kalau dah beranak-pinak, buang merata-rata. Kalau yang dibuang tu sekali dengan emak kucing tu, Alhamdulillah laa. Boleh si emak tu menjaga anak-anaknya. Ini anak yang masih kecil, dibuang tanpa si emak. Manalah si kecil baru berberapa hari tengok dunia tu tahu pasal bahaya. Dibuang pulak tepi jalanraya. sekejap saja kena gelek. Kalau nak buang tu, carilah kawasan yang ada makanan.
 Jangan siksa mereka.

Wednesday, February 9, 2011

serabut



serabut tul ari ni..hahaha...tengahari dok relaks..petang baru kelam kabut wat keje..claim belum print...aduhhh